Duit 1 Juta

Nak 1 juta ? Tak susah…

Betul, tahukah anda, dengan menjual 1 juta naskah peta Malaysia dengan berharga $1 setiap 1, seorang rakyat Malaysia berjaya menjadi jutawan internet.

Ia, kira-kiranya mudah sahaja. Jika produk anda berharga $1 juallah sejuta unit, jika produk anda bernilai $2, juallah 500 ribu unit.

Apakah cara yang paling cepat untuk sampaikan maklumat produk anda? Tak lain dan tak bukan, ialah internet. :)

Saya pernah bersembang dengan seorang usahawan internet tempatan. Beliau menjual jam replika. Apa yang menariknya, beliau memiliki 3 buah laman web yang menjual produk yang sama.

Yang beza antara satu web dengan web yang lain ialah, design, dan HARGA jam tersebut. Website beliau menarik. User friendly lagi tu.

Website pertama untuk mereka yang suka harga murah.
Yang kedua ialah berharga sederhana, manakala yang ketiga ialah mahal.

Apa yang menariknya, ketiga-tiga website beliau pasti akan berjaya membuat jualan sekurang-kurangnya sebuah seminggu :)

Jadi, bagaimana? Dapat tak idea?

0 comments:

Post a Comment

top